Ummat Islam dewasa ini lambat sedar akan lingkungan di sekitarnya. Ummat sekarang banyak terlena. Seorang kawan dari Perancis pernah membuat sebuah research mengenai perilaku seekor katak. Ia mengambil sebaldi air panas, lalu seekor katak pun dilempar ke dalam baldi logam yang mengandungi air panas tadi. Dengan reflect, sang katak pun melompat keluar dari baldi dengan cepat. Berulang kali hal yang sama dilakukan, sang katak tetap melompat keluar dari baldi secara reflect. Lalu sebuah baldi logam lain diisi dengan air sejuk. Lalu seekor katak pun dilempar kedalamnya. Di dalam baldi ini sang katak merasa nyaman dan ia tidak mahu keluar dari baldi tersebut. Kemudian baldi yang berisi katak tersebut dibawa oleh penyelidik lalu ditempatkan di atas nyala api dengan tujuan memanaskan air sejuk yang ada dalam baldi logam tersebut. Api telah diatur sedemikian rupa sehingga air yang ada dalam baldi dapat panas secara perlahan dari semasa ke semasa. Apa yang berlaku terhadap katak tadi? Kerana ia tahu air dalam baldi akan panas secara perlahan, maka iapun tetap santai dan tidak bergerak keluar dari baldi tersebut. Pada saat ia merasakan bahawa air telah mula panas dan kaki nya tidak dapat lagi bergerak, saat itulah ia berusaha untuk keluar. Tapi apa boleh buat, ia tak dapat melakukannnya lagi. Ia pun mati dalam baldi yang dipanaskan itu.


Bagi seorang manusia, harta, kekayaan, rumah, pekerjaan dan sebagainya adalah penting. Namun yang lebih penting adalah direction. Ini ibarat sebuah kereta mewah yang serba lengkap, larinya sangat laju, selamat dipandu dan dikenderai. Pemilik kereta mahu pergi ke Shah Alam. Namun jika direction tidak ada, sudah pasti tujuan tidak akan sampai. Kalau sudah demikian, buat apa kemewahan, kenyamanan dan keselamatan yang melekat pada kereta tersebut?

2 comments

  1. ZMZ // 3:18 PM  

    mengapa katak tadi tidak lagi mahu keluar?

  2. Business Strategy Developer // 12:08 PM  

    Sebab katak itu dah syok dalam wajan itu ler..